expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday, 23 May 2015

BUKU JAHITAN



MUDAHNYA JAHIT JUBAH LELAKI (RM35) TERMASUK POS
Naskhah yang menampilkan formula menjahit jubah lelaki dengan mudah untuk tukang-tukang jahit amatur dan mereka yang tidak mempunyai asas dalam bidang jahitan. Terdapat tiga reka bentuk jubah yang menjadi pilihan ramai hari ini.

VARIASI MENJAHIT TIRAI ( RM30.00) termasuk pos
Variasi Menjahit Tirai memaparkan asas untuk menghasilkan langsir yang ringkas dan mudah. Bagi yang baru berjinak untuk menghasilkan langsir sendiri, boleh dapatkan buku ini untuk panduan dan rujukan anda. Jika sudah mahir dengan asas menjahit langsir anda akan lebih mahir dan bijak untuk menggabungkan rekaan langsir sendiri.





VARIASI MENJAHIT LANGSIR (RM45.00)termasuk pos
Sebuah buku rujukan yang memuatkan kaedah menjahit langsir dengan mudah. Anda akan diajar cara ringkas untuk mengira fabrik, melukis pola dan langkah demi langkah membuat langsir. Turut dimuatkan adalah cara menjahit pelbagai jenis langsir yang menarik untuk dicuba. 

JAHITAN LANGSIR sesuai dijadikan teks pembelajaran bagi penuntut dan pereka yang berminat dalam seni menjahit langsir. Malah, ia juga sesuai bagi mereka yang tidak mempunyai asas dalam jahitan langsir. Asalkan anda minat dan rajin, insha ALLAH anda pasti dapat menghasilkan langsir sendiri. Skil yang diperoleh juga boleh dijadikan sumber pendapatan diri dan keluarga.





MUDAHNYA JAHIT BLAUS
RM30 termasuk pos

Pelajari 9 reka bentuk blaus moden yang mudah untuk persalinan seharian ke pejabat dan bersantai. Semuanya dipaprkan dengan keterangan terperinci dan gambar yang jelas. Disertakan juga pola asas untuk memudahkan anda belajar menjahit blaus anda sendiri.
MUDAHNYA JAHIT KEBAYA
RM30 termasuk pos

Naskhah terbaharu sudah pun terbit. Hasil daripada idea penulis baru kami, iaitu buku Oh!Mudahnya Jahit Kebaya dapat diterbitkan. Di dalamnya mengandungi langkah demi langkah menjahit baju Kebaya. Dipaparkan juga bagaimana untuk mengukur, memotong dan menjahit baju Kebaya. Setiap perincian baju Kebaya yang ditunjukkan mengandungi maklumat yang betul dan jelas untuk difahami. Tiga jenis baju Kebaya yang ditunjukkan di dalam buku ini mempunyai cara yang berlainan untuk dijahit dan masing-masing mempunyai cirri tertentu. Jadikan buku ini sebagai bahan rujukan kepada yang baru berjinak di dalam dunia jahitan. Selamat Mencuba.
MUDAHNYA JAHIT KEMEJA LELAKI
RM35 termasuk pos

Buku ini memaparkan cara menjahit baju kemeja lelaki secara langkah demi langkah. Dilengkapi dengan pola yang diterangtkan dengan jelas dan lengkap.
MUDAHNYA JAHIT SELUAR SLACK
RM35 termasuk pos

Naskhah yang memaparkan langkah demi langkah menjahit seluar slack lelaki. Di samping itu, penulis juga menyediakan pola yang lengkap untuk panduan semua pembaca. Selamat mencuba

VARIASI BUSANA TRADISIONAL
RM40 termasuk pos

BUKU ini menghimpunkan pelbagai fesyen pakaian tradisional Melayu yang sentiasa dipelihara sehingga kini. Biarpun banyak fesyen baru yang sentiasa muncul, namun ia tidak dapat menandingi khazanah warisan ini yang sudah diperakui keasliannya. Variasi Busana Tradisional, hasil ilham kreatif pereka fesyen terbilang, Salikin Sidek bertujuan memartabatkan satu cabang peninggalan sejarah orang-orang Melayu yang kaya dengan kelembutan, kesopanan, dan ketinggian budaya.
OH MUDAHNYA  JAHIT JUBAH (RM30.00)termasuk pos
 Yasalma memperkenalkan teknik mudah membuat jubah iaitu tanpa menggunakan pola kertas. Formulasi mudah, cepat dan praktikal adalah tunggak utama untuk melahirkan lebih ramai lagi pembaca yang berjaya membuat pakaian sendiri, meskipun mereka tidak mempunyai asas dalam bidang jahitan. Teknik yang diperkenalkan oleh Yasalma ini pasti membuat ramai tertarik dalam bidang jahitan kerana ia membuktikan bahawa menjhait sangat mudah.









OH MUDAHNYA JAHIT TUDUNG (RM30.00) termasuk pos
Buku Oh Mudahnya Jahit Tudung menampilkan 10 rekaan tudung yang terkini. Dilengkapi dengan pola yang terang dan jelas. Sangat berpatutan untuk dimiliki. Antara tudung-tudung yang terdapat di dalam buku ini ialah instant shawl, selendang dan tudung awning.




JAHITAN LABUCI DAN MANIK (RM30.00) termasuk pos

, Perincian jahitan manik dan labuci pada pakaian yang bercorak mahu pun polos mampu membeir penampilan yang lebih menyerlah. Seni jahitan ini ringkas tetapi memerlukan daya kreativiti dan ketelitian. Variasi Jahitan Manik & Labuci menampilkan corak jahitan labuci dan manik yang popular dan digemari ramai. Dipaparkan langkah demi langkah dengan gambar dan penerangan yang jelas dan terang. Tidak ketinggalan disertakan juga contoh-contoh paten jahitan labuci dan manik yang pasti akan menambah molek dan cantik pada pakaian anda. Jadikan buku ini sebagai inspirasi untuk membeir penampilan menonjol lagi menyerlah pada busana anda. Ia juga dijadikan hobi yang boleh menjana pendapatan sampingan yang lumayan.



OH MUDAHNYA BUAT BAJU KURUNG (RM30.00) termasuk pos
Sebenarnya, menjahit baju kurung ini sangat mudah sekiranya kita faham langkah-langkah asasnya. Dengan bahan-bahan yang ringkas, kita juga mampu menghasilkan baju kurung yang cantik dan kemas. OH, MUDAHNYA BUAT BAJU KURUNG memang sesuai untuk dijadikan panduan oleh para gadis bagi memulakan langkah pertama menjahit baju kurung sendiri



OH MUDAHNYA JAHIT SKIRT DAN PALAZO (RM30.00)termasuk pos)
Skirt dan Palazo adalah antara fesyen terkini yang semakin mendapat tempat dihati masyarkat. Dengan rekaan terkini, ia mampu membuatkan si pemakai tampil lebih elegan. Rekaan yang dihasilkan dengan penggunaan fabric yang bermutu menepati cita rasa dan sesuai untuk semua golongan. Di samping itu, harga untuk memiliki pakaian ini juga tidak terlalu mahal dan berpatutan

VARIASI JAHITAN LANGSIR 2
RM40 termasuk pos
Naskhah ini memaparkan kaedah menghasilkan langsir eyelet dan pelmet. Terdapat pelbagai teknik yag berbeza dalam menghasilkan kedua-dua langsir tersebut. Idea-idea yang dikongsikan di dalam buku ini dapat membantu pembaca menghasilkan langsir dengan pelbagai rekaan. Turut dimuatkan dalam buku ini ialah cara pengiraan langsir eyelet dan pelmet. Di samping itu, diajar juga cara menghasilkan aksesori hiasan langsir seperti bunga rosset, bow dan sebagainya.

Variasi Jahitan Langsir 2 memberikan idea kreatif dalam menghasilkan langsir yang lebih menraik dan bergaya. Pasti kediaman anda  lebih menyerlah dengan adanya langsir yang menawan. Buku ini sesuai dijadikan panduan dalam menjahit langsir.

MUDAHNYA JAHIT BAJU KANAK-KANAK RM35
Pelajari menjahit 6 rekaan baju kanak-kanak perempuan yang mudah. Semua rekaan ini disertakan dengan pola yang terperinci. Ceriakan anak-anak anda dengan hasil jahitan baju yang dijahit sendiri oleh anda. 

SENI JAHITAN BEG 1 RM35
Buku ini menampilkan tejnik asas menjahit beg dan membentuk beg mengikut paten anda sendiri. Bermula dengan membuat asas beg, poket, zip dan sebagainya. Setiap beg yang ditunjukkan diterangkan dengan lebih jelas dengan lakaran pola yang disediakan. Di samping itu, diselitkan juga dengan info mengenai fabrik, peralatan dan teknik yang tertenti dalam menghasilkan setiap jenis beg. Turut dilengkapi denga gambar yang jelas dan langkah demi langkah



SENI JAHITAN BEG 2 RM35
Naskhah ini memaparkan 12 jenis jahitan beg yang terbaharu. Setiap beg dihasilkan dilengkapi dengan pola yang senang untuk diikuti. Buku ini lebih padat dengan info dan penerangan yang lebih jelas untuk pembaca mudah mengikuti isi kandungan di dalam buku ini. Naskhah ini juga dilengkapi dengan scanner barcode, yang membolehkan pembaca mempelajari teknik menjahit secara online.